Microsoft semalam membuat kejutan dengan mengambil-alih salah satu penerbit permainan terkemuka, iaitu Activision Blizzard. Microsoft dilihat membayar hampir RM300 bilion dalam mengambil-alih penerbit berkenaan.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan industri permainan video, mungkin sedia mendengar berkenaan dengan pelbagai masalah melibatkan Activision Blizzard akhir-akhir ini, termasuk tuduhan berkaitan gangguan seksual.

Dalam usaha mengubah pandangan orang ramai terhadap jenama berkenaan, ia kini dilaporkan Activision Blizzard pernah pertimbang untuk mengambil-alih penerbit berita permainan video popular seperti Kotaku dan juga PC Gamer.

Ia tidak diketahui sehingga mana proses perbincangan dilakukan – sama ada secara dalaman sahaja, atau turut melibatkan pihak penerbit berkenaan.

Buat masa ini, pengambil-alihan berkenaan tidak berlaku. Walaupun berlaku, pelbagai perkara akan perlu diambil-berat, termasuk berkaitan etika dan sebagainya.

Apa pun, dengan permulaan baharu ini, adakah kita akan melihat syarikat penerbit permainan mengambil-alih penerbit berita pada masa akan datang?

Sohor Kini