Siapa sahaja yang tidak pernah dengar akan permainan Angry Birds? Permainan elastik burung menyerang khinzir yang menculik anak-anak burung. Permainan ini dilancarkan oleh Rovio pada 2009 di iOS dan kemudian berkembang kepada lebih banyak platform termasuk Android.

Selepas kejayaan Angry Birds, Rovio turut hadir dengan sekuel, permainan sampingan, ada siri animasi dan ada juga filem. Terkini daripada mereka adalah Angry Birds Journey, iaitu permainan yang lebih kurang sama iaitu elastik burung tetapi diolah menjadi sedikit berbeza dari segi bentuk permainannya.

Rekaan burung dan grafik juga adalah lebih comel dengan mengambil inspirasi daripada Angry Birds Dream Blast. Burung juga tidak lagi ada kuasa apabila tekan, kerana kuasa kini automatik setiap kali selepas ia ditarik dan mendarat. Setiap tahap permainan juga tidak boleh diulang, selesai satu akan terus ke tahap baharu. Burung juga tidak lagi boleh dipilih dan adalah rawak.

Anger Meter turut diperkenalkan, apabila penuh burung akan menjadi lebih berkuasa. Selain itu Sun Token, Sun Bar dan Sun Chest turut diperkenalkan sebagai sistem ganjaran dan juga pembelian token untuk membeli atau menyahkunci sesuatu.

Ancient Ruins, Crystal Clouds, Starry Desert, Sleepy Meadows dan Gaia’s Challenge adalah antara tema/tahap yang ditawarkan untuk pemain selesaikan. Di mana setiap burung perlu mencari artifak Egg Wonders. Halangan juga telah diperbaharui dengan ada bahagian lemah yang mudah dicari untuk hapuskan dan ‘tangkap’ setiap khinzir.

Permua ini boleh dimuat turun di App Store untuk iOS dan Play Store untuk Android. Disebabkan ini bukan dalam Play Pass atau Apple Arcade, terdapat pembelian dalam aplikasi bernilai daripada RM3.90 sehingga RM399.90.

Muat Turun: Angry Birds Journey di App Store

Muat Turun: Angry Birds Journey di Play Store

Sohor Kini