Prime Video nampaknya amat serius dengan pembangunan dunia adiwira mereka. The Boys adalah siri TV adiwira yang diberi fokus penuh, kerana tahun ini kita akan saksikan musim ketiga, kemudian akan datang siri sampingan remaja di universiti dan terkini ada pula siri animasi.

The Boys Presents: Diabolical adalah siri animasi ini dan ia merupakan siri antologi yang masih berkait dengan dunia The Boys. Eric Kripke selaku pencipta siri ini menyatakan yang animasi ini adalah sebahagian daripada dunia ini, walaupun setiap episod adalah berlainan.

Siri animasi ini mempunyai lapan episod, setiap episod daripada pencipta berlainan dengan rekaan animasi berbeza. Tetapi masih menjanjikan pengalaman menonton yang ngeri, seriau, tidak disangka, lucu, dan mengejutkan sama seperti siri aksi nyata The Boys.

Contoh klip di atas adalah episod Laser Baby, kerana ada dalam musim sebelum The Boys menyatakan mereka cuba menghasilkan bayi yang ada kuasa. Anda juga boleh lihat sendiri yang klip ini penuh dengan darah, kepala meletup berderai dan sebagainya.

Siri animasi ini akan disiarkan di Prime Video 4 Mac akan datang.

Sohor Kini