The Boys adalah siri TV adiwira yang lain daripada yang lain. Ia ganas, ngeri, jijik, seriau yang tidak kita lihat pada mana-mana siri TV atau filem dalam kategori sama. Amazon juga sibuk cuba membina dunia adiwira ini dengan pelbagai siri sampingan.
Siri ini sudah pun berlangsung sebanyak dua musim dan peminat kini sedang nantikan musim ketiga. Selepas sekian lama menanti, tarikh siaran musim ketiga telah didedahkan – The Boys musim ke-3 akan disiarkan bermula 3 Jun 2022 eksklusif di Prime Video.
Pengumuman tarikh ini adalah adegan kejutan di video terakhir/episod akhir Seven on 7 with Cameran Coleman di saluran Vaught News Network. Menurut Coleman, selepas menerima anugerah – beliau akan menjadi hos rancangan The Cameron Coleman Hour.
Musim tiga ini juga dikatakan akan menjadi lebih daripada kepala meletup berdarah, dan akan membuatkan penonton terkejut. Sama-sama kita nantikan.