Money Heist adalah siri TV rompakan yang diminati ramai. Ia bukan sekadar rompakan biasa, tetapi mempunyai drama tersendiri membabitkan banyak konflik di antara setiap ahli pasukan.

Versi asal iaitu Sepanyol sudah pun tamat dengan menanti kehadiran Berlin, iaitu siri sampingan prekuel.

Tetapi mereka yang melanggan Netflix pasti sudah tahu yang sejak tahun lepas lagi, sudah diumumkan Money Heist akan hadir dengan versi K-Drama. Kita sudah tahu senarai pelakon dan inilah treler pertama yang mendedahkan judul penuh siri TV ini.

Ia digelar Money Heist: Korea – Joint Economic Area. Treler mendedahkan Professor, lakonan Yoo Ji-tae dalam proses memilih topeng untuk sembunyikan identiti perompak. Sudah semestinya topeng ikonik Salvador Dalí kelihatan dan turut ada topeng tradisional Korea.

Ketua pasukan Crisis Negotiation Seon Woojin lakonan Kim Yunjin turut kelihatan bersama-sama dengan pengenalan ahli pasukan perompak;

Berlin (Park Hae-soo), Tokyo (Jun Jong-seo), Moscow (Lee Won-jong), Denver (Kim Ji-hun), Nairobi (Jang Yoon-ju), Rio (Lee Hyun-woo), Helsinki (Kim Ji-hoon), dan Oslo (Lee Kyu-ho).

Money Heist: Korea – Joint Economic Area akan disiarkan pada tahun ini dengan tarikh yang akan diumumkan nanti.

Sohor Kini