La Casa De Papel akan tamat dengan musim ke-5 bahagian ke-2 3 Disember ini. Siri TV Sepanyol popular yang turut digelar Money Heist ini akhirnya akan tamat dan kita akan lihat nasib semua ahli pasukan perompak La Resistencia.

Walaupun begitu, dunia Money Heist tidak akan terus tamat dan mati begitu sahaja. Ia masih akan diteruskan, contoh yang diumumkan semasa sidang media malam tadi – Berlin adalah siri sampingan Money Heist.

Ia akan fokus kepada watak Berlin atau nama lain beliau adalah Andrés de Fonollosa yang dilakonkan oleh Pedro Alonso. Watak ini telah mati dengan korbankan diri pada musim kedua dan kemudian hadir dalam adegan imbau kembali kisah silam untuk musim sseetrusnya.

Tidak banyak yang didedahkan mengenai siri sampingan ini. Tetapi kita tidak boleh lupa yang Berlin adalah antara kepala dalam rompakan Royal Mint of Spain dan turut terlibat dalam perancangan rompakan Bank of Spain.

Ia mungkin adalah kisah prekuel. Kita mungkin akan lihat banyak lagi kisah beliau bersama anak seperti dalam musim lima bahagian pertama serta kisah hidup beliau bagaimana beliau dari A ke Z untuk menyertai La Resistencia bersama The Professor?

Money Heist musim kelima bahagian kedua akan disiarkan pada 3 Disember ini dengan lima episod.

Sohor Kini