Umum sedia maklum yang Money Heist atau La Casa de Papel adalah siri TV yang menarik dan diminati oleh orang ramai. Ia mengisahkan sekumpulan perompak yang merompak bank besar dan mempunyai banyak aksi seperti menempuhi pelbagai halangan, ada drama antara watak dan juga penceritaan yang baik.

La Casa de Papel telah pun disahkan akan diadaptasi menjadi K-Drama sebelum ini. Terkini, Netflix telah mengumumkan senarai pelakon bagi siri TV ini.

Pasukan Perompak

  • Yoo Ji-tae (“The Professor”)
  • Park Hae-soo (“Berlin”)
  • Jeon Jong-seo (“Tokyo”)
  • Lee Won-jong (“Moscow”)
  • Kim Ji-hun (“Denver”)
  • Jang Yoon-ju (“Nairobi”)
  • Park Jung-woo (“Rio”)
  • Kim Ji-hun (“Helsinki”)
  • Lee Kyu-ho (“Oslo”)

Pasukan Polis

  • Kim Yunjin (“Seon Woojin”)
  • Kim Sung-o (“Cha Moohyuk”)

Mangsa Tebusan

  • Park Myung-hoon (“Cho Youngmin”)
  • Lee Joobeen (“Youn Misun”)

Menurut Netflix, siri TV ini akan mempunyai penyampaian yang sedikit berbeza dan segar agar sesuai untuk penonton global. Tetapi elemen asal dan jalan cerita akan masih boleh dikenalpasti oleh peminat La Casa de Papel yang asli. Siri TV ini akan disampaikan dalam 12 episod.

Semua pelakon ini hebat dan berbakat. Banyak drama menarik telah dilakonkan oleh mereka. Yoo Ji-tae sebagai The Professor pernah berlakon dalam The Swindlers, Money, Svaha: The Sixth Finger akan berlakon sebagai ‘The Professor’ dan Kim Yunjin yang berlakon dalam Seven Days, Ode to My Father, Lost, Mistresses akan berlakon sebagai Seon Woojin, iaitu polis yang menentang rompakan ini.

Money Heist atau La Casa de Papel versi Korea ini akan diarahkan oleh Kim Hong-sun, skrip pula oleh Ryu Yong-jae, Kim Hwan-chae dan Choe Sung-jun. Siri TV ini akan dihasilkan oleh BH Entertainment dan Contents Zium.

Sohor Kini