Esukan semakin popular dari hari ke hari, dan ramai pemain tempatan telah memenangi sejumlah kejohanan antarabangsa.

Terbaru, esukan dan juga tarian singa dicadang untuk ditambah dibawah senarai sukan rasmi melalui Akta Pembangunan Sukan.

Perkara ini dikongsikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Perubahan pada akta dicadang, supaya esukan dan juga tarian singa boleh dikategorikan sebagai sukan.

Cadangan telah dihantar kepada Suruhanjaya Sukan, dan kini perubahan sedang didraf, sebelum proses lanjut diteruskan.

Sohor Kini