Semalam telah kami laporkan yang Didi & Friends telah dipindahmilik dari Didi & Friends kepada syarikat baru milik pengasas bersama Durian Digital. Apa yang CEO Digital Durian, iaitu Sinan Ismail umumkan semalam adalah satu perkara yang agak mengejutkan.

Tetapi ia menimbulkan persoalan kenapa? Selepas mencari maklumat di seluruh arena web, kami cuba sambungkan satu demi satu petunjuk yang pernah diacah oleh Sinan dalam siaran-siaran beliau di media sosial. Kami menemui perkataan yang menarik iaitu Durioo.

Apabila dicari, Durioo dilihat telah pun mempunyai laman web, saluran YouTube dan tersenarai di banyak laman web seperti Crunchbase dan Global Islamic Economy Summit – ia adalah satu perkhidmatan (mungkin) penstriman dengan langganan berbayar – Durioo+.

Durioo+ dikatakan adalah Disney+ yang bertemakan islamik memfokuskan animasi asli iaitu Durioo Originals dan juga permainan video Durioo Games yang disasarkan kepada 430 juta kanak-kanak muslim di seluruh dunia.

Dengan kejayaan Omar & Hana, iaitu animasi untuk kanak-kanak mereka dengan tema yang sama – ini masuk akal kenapa Sinan ingin melepaskan Didi & Friends yang mempunyai tema yang berbeza.

Sohor Kini