Apple Arcade telah mengumumkan sebagai permulaan untuk tahun 2022, mereka akan membawa permainan Nickelodeon Extreme Tennis secara eksklusif dan ia akan tiba tidak lama lagi bersama dengan Hidden Folks dan Crashlands. Selain itu mereka juga mengumumkan pelancaran dua permainan kad klasik iaitu Spades: Card Game dan Hearts:Card Game.

Nickelodeon Extremen Tennis adalah permainan arked tennis yang akan menggunakan watak-watak Nickelodeon seperti SpongeBog, Angelica, Rocko, Garfield dan pelbagai lagi. Ia juga akan menyertakan peringkat seperti Bikini Bottom, Zim’s Secret Base dan NYC Rooftops dari TMNT.

Hidden Folks adalah permainan popular oleh Adriaan de Jongh yang dikeluarkan pada tahun 2017, ia adalah permainan mencari barangan tersembunyi dengan rekaan grafik yang unik. Crashland pula adalah permainan RPG oleh Butterscotch Shenanigans.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini