Selepas mengembangkan lagi Disney+ Hotstar ke lebih banyak negara Asia, Disney turut mula menawarkan lebih banyak kandungan dan semakin bersaing sengit dengan pesaing seperti Netflix. Daripada kandungan yang tersedia dari India, kini semakin banyak kandungan tempatan, kandungan daripada China, Korea Selatan dan banyak lagi.

Terbaru, Disney mula menambah lagi kandungan dari China, Taiwan dan Korea Selatan iaitu Anita, King of Savvy, A Life Long Journey dan Taiwan Crime Stories.

Anita yang akan disiarkan adalah edisi potongan pengarah, filem mengisarkan kehidupan Anita Mui. King of Savvy pula adalah siri TV lakonan Choi Min-Sik, memfokuskan kisah raja kasino dan kehidupan jenayah beliau. A Life Long Journey pula adalah drama Cina yang diadaptasi daripada novel nama sama, lakonan  Lei Jia-Yin dan Song Jia. Akhjr sekali Taiwan Crime Stories adalah siri TV psikologi ngeri berdasarkan kisah benar jenayah yang berlaku.

Anita akan disiarkan pada 2 Februari, King of Savvy pula adalah kandungan asli dan tarikh siaran akan diumumkan nanti, Taiwan Crime Stories pula masih dalam proses penggambaran dan A Life Long Journey dalam masa terdekat.

Semua ini adalah sebahagian daripada strategi Disney untuk pasaran yang ada Disney+ Hotstar, yang mana menjelang 2023 akan ada 50 kandungan Asia asli. Kini mereka juga sedang sibuk siapkan 340 kandungan lain. Apa kata anda mengenai penawaran ini?

Sohor Kini