Disney+ Hotstar telah mengumumkan yang mereka akan menyiarkan Outrun by Running Man iaitu rancangan aneka ragam sampingan untuk siri popular Korea Selatan, Running Man sekitar hari ini.
Di dalam siri ini, Kim Jong-kook, HAHA dan Jee Seok-jin bersama dengan selebriti jemputan perlu melalui pelbagai misi dan cabaran. Ia dikatakan akan membawa pengalaman yang lebih segar untuk siri ini dan melibatkan pasukan produksi yang berbeza dengan siri asal Running Man.
Disney+ Hotstar boleh dilanggan dengan harga RM54.90 untuk tiga bulan, ia juga ditawarkan bersama dengan beberapa pelan untuk Astro.


