Banyak studio cuba adaptasi permainan video popular menjadi filem aksi nyata. Setakat ini tidak ramai yang berjaya. Terbaru Sony Pictures dilihat akan hadir dengan filem aksi nyata Uncharted, adaptasi daripada permainan video dengan judul yang sama.

Ia akan fokus kepada Nathan Drake yang masih muda dan ingin lebih serius dalam aktiviti meneroka, mengembara dan mencari harta karun seperti Victor Sullivan yang lebih pakar. Filem ini akan memfokuskan kepada Tom Holland sebagai Nathan dan Mark Wahlberg sebagai Victor.

Video terkini yang Sony kongsi mempertontonkan aksi popular daripada permainan video – iaitu aksi di kapal terbang di mana Nathan nyaris terjatuh daripada kapal terbang dan cuba sedaya upaya menyelamatkan diri dengan bergayut dan hayun pada kargo tergantung.

Apa kata anda mengenai video ini, adakah ia mirip dengan permainan video atau tidak? Bagaimana dengan kualiti visual serta prestasi lakonan Tom Holland? Jika tanya pendapat aku, aku rasa ia seakan kurang menarik – tetapi entahlah.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 17 Februari akan datang.

Sohor Kini