Treler Baharu Filem Uncharted Mempertontonkan Aksi Gila

Sony Pictures dan PlayStation Productions bakal menayangkan filem aksi nyata Uncharted Februari 2022 ini. Ia adalah filem berasaskan permainan video dengan judul sama oleh Naughty Dog. Dalam filem ini Tom Holland berlakon sebagai Nathan Drake dan Mark Wahlberg pula sebagai Sully, iaitu dua watak utama Uncharted.

Oktober lepas, treler pertama telah pun dipertontonkan. Ia mengesahkan penceritaan adalah berbeza dengan permainan video, contohnya pertemuan di antara Nathan Drake dan Sully yang berbeza dalam filem. Berikut adalah treler kedua;

Nathan dalam filem ini baru lagi menceburi arena mencari harta karun bertemu dengan Sully. Nathan yang banyak ingin belajar ini terpaksa berhadapan dengan Moncada lakonan Antonio Banderas untuk mencari harta karun bernilak $5 bilion daripara peneroka bergelar Magellan.

Filem ini juga gila kartun, apabila ia melupakan kewujudan fizik dengan mempertontonkan aksi tidak masuk akal. Terbang ke sana ke sini, lompat yang pasti di dunia nyata sepatutnya dah mati/gagal.

Adakah kita akan lihat filem dengan aksi karut seakan Fast Furious? Bagaimana dengan jalan cerita? Filem ini akan ditayangkan pada 18 Februari 2022, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini