Uncharted adalah satu siri permainan yang sangat baik oleh Naughty Dog, ia mempunyai pengikut yang tersendiri. Oleh itu tidak mengejutkan jika Sony memilih untuk menjadikannya sebagai satu filem, akan tetapi ia mempunyai pelbagai masalah dengan penukar pengarah dan skrip.

Namun, masalah tersebut kita boleh katakan sudah berakhir apabila Sony Pictures dan PlayStation Productions akhirnya berkongsi treler pertama untuk filem tersebut yang memperlihatkan secara lanjut Tom Holland sebagai Nathan Drake dan Mark Wahlberg sebagai Sully.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Treler ini juga mengesahkan yang ia mempunyai penceritaan berbeza dengan permainan Uncharted terutama bagaimana Nathan Drake dan juga Sully pertama kali berjumpa. Selain itu, ia juga memperlihatkan watak yang akan di bawa oleh  Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Filem Uncharted diumumkan akan tiba pada 18 Februari 2022.

Sohor Kini