Square Enix sedia terkenal dengan permainan seperti Final Fantasy dan Tomb Rider. Dengan perkembangan arena rantaian-blok dan NFT, kini presiden Square Enix turut berkongsi visi syarikat ke arah berkenaan.

Melalui surat permulaan tahun 2022 yang diterbitkan, presiden Square Enix menyentuh berkenaan dengan NFT dan juga rantaian-blok. Dengan impak yang masih tidak begitu baik terhadap industri permainan menyertai arena NFT, dan ramai pemain yang kurang meminatinya, Square Enix dilihat lebih berhati-hati dalam menyusun ayat mereka.

Square Enix melihaat beberapa perkara akan membuatkan orang ramai berinspirasi dan bermotivasi dalam memainkan sesuatu permainan – dan salah satunya adalah permainan yang mengintegrasikan rantaian-blok dan ekonomi berasaskan token.

Square Enix memanggil ekosistem ini sebagai permainan terpencar (decentralized gaming) – dan tidak ingin ketinggalan dalam arena berkenaan. Square Enix ingin menambah ia dalam portfolio bermula 2022 ini.

Sohor Kini