Supercell merupakan salah satu pengeluar permainan mudah-alih popular, yang terkenal dengan permainan seperti Clash of Clans, Clash Royale, dan Brawl Stars.

Kini, ia dilaporkan Tencent sedang dalam perbincangan bersama pihak Supercell dalam terus meningkatkan pegangan mereka dalam syarikat berkenaan.

Melalui laporan awal, ia dikatakan Supercell kini dinilaikan sekitar $11 bilion. Untuk makluman, sebelum ini Tencent sedia mendapatkan pegangan majoriti pada Supercell dan perbincangan baharu ini adalah dalam terus mendapatkan lebih pegangan pada syarikat berkenaan.

Sohor Kini