Rayman Origins merupakan antara permainan menarik yang telah diperkenalkan sekitar 10 tahun lepas. Kini, Ubisoft meneruskan pemberian permainan percuma mereka, dan menawarkan Rayman Origins secara percuma khas untuk pengguna PC, bagi tempoh terhad.
Rayman Origins menawarkan bentuk permainan side-scrolling, dan menawarkan sehingga 60 tahap permainan berbeza. Anda juga boleh memainkan sehingga empat pemain dalam melalui sesuatu misi.
Bagi anda yang berminat, boleh ke laman rasmi Ubisoft antara hari ini sehingga 22 Disember 2021 kelak untuk menebus permainan percuma Rayman Origins ini menggunakan Ubisoft Connect atau di portal rasmi.


