Pencipta Konsol Nintendo Famicom Dan Super Famicom Meninggal Dunia

Bapa konsol legenda Masayuki Uemura telahpun meninggal dunia pada usia 78 tahun. Kami yakin ramai tidak mengenali nama Masayuki Uemura tetapi beliau bertanggungjawab membawakan kegembiraan kepada kanak-kanak ketika dekad 80 an dan 90an. Di bawah kendalian beliau konsol Nintendo Famicon (Nintendo Entertainment System) dan Nintendo Super Famicom (SNES) telah dihasilkan.

Masayuki Uemura menyertai Nintendo pada tahun 1971 dan beliau turut terlibat dalam mencipta pistol cahaya yang digunakan untuk permainan seperti Duck Hunt. Dengan Famicom dan Super Famicom, Nintendo berjaya menjadi gergasi permainan video sehingga sekarang. Kedua-dua konsol ini berjaya terjual sehingga 111 juta unit. Ianya sangat popular sehingga Nintendo menjual versi mini yang lebih moden beberapa tahun yang lalu.

Selepas bersara dari Nintendo pada tahun 2004, beliau masih bertugas sebagai penasihat syarikat dan menjadi tenaga pengajar di Ritsumeikan University. Terima kasih Masayuki Uemura atas ciptaan anda kerana sebagai generasi 80an, Micro Genius sebuah konsol ciplak NES yang popular di Malaysia meninggalkan banyak memori indah kepada saya.

Sumber Oricon News

Sohor Kini