Bahagian terakhir untuk musim pertama bagi siri animasi berdasarkan permainan MOBA popular League of Legends iaitu Arcane baru sahaja tiba hujung minggu lepas, dan kini Netflix bersama dengan Riot Games telah mengumumkan yang siri ini akan menerima musim kedua dan ia sedang dibangunkan.

Sejak dilancarkan pada 6 November lepas, siri ini telah menjadi siri popular dengan menjadi antara 10 rancangan popular di Netflix di beberapa negara termasuk juga di Malaysia. Berdasarkan laman Netflix Top 10, Arcane telah ditonton selama 34 juta jam dalam masa seminggu.

Penceritaan Arcane memfokuskan kepada perhubungan di antara Vi dan Jinx serta bandar Piltover dan Zaun, ia juga menyertakan ramai lagi watak lain daripada permainan. Kami ada mengeluarkan ulasan untuknya, dan boleh dikatakan ia adalah satu siri yang sangat berkualiti – Ulasan Arcane – Berpotensi Menjadi Siri Animasi Terbaik Di Netflix

Sohor Kini