Sebelum ini kami sudah melaporkan yang dua pengasas Durian Digital iaitu Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian dan Sinan Ismail bergerak secara sendiri. Hairulfaizalizwan telah mengumumkan penubuhan studio baharu iaitu Warnakala Studios dan mereka juga akan mendapat hak untuk Didi & Friends.

Hari ini, Sinan Ismail pula telah mengumumkan projek seterusnya bagi beliau iaitu Durioo. Seperti kami kongsi sebelum ini, Durioo+ adalah perkhidmatan penstriman baharu yang akan memfokuskan kepada kandungan islamik untuk kanak-kanak.

Namun, Durioo bukan setakat itu sahaja, menurut Sinan Ismail mereka ingin jadikan Durioo sebagai Disney dan juga Netflix untuk kanak-kanak muslim. Mereka akan menawarkan perkhidmatan Durioo+, pada masa sama akan hadir dengan siri animasi tersendiri melalui Durioo Originals, dan juga permainan mudah alih melalui Durioo Games.

Buat masa ini, terdapat dua Durioo Originals iaitu Little Ammar yang akan tiba pada Januari 2022 dan Mina Mila yang akan tiba sekitar tahun 2022. Mereka juga mengatakan yang dua ini adalah permulaan sahaja akan tetapi akan hadir dengan lebih banyak kandungan di masa hadapan.

Mereka tidak mengumumkan lagi penawaran permainan oleh Durioo Games, akan tetapi mengatakan yang mereka akan menghasilkan permainan berkualiti tinggi, mempunyai nilai islamik, selamat untuk kanak-kanak dan juga boleh dimainkan di pelbagai platform.

Manakala Durioo+ iaitu perkhimdatan penstriman akan tiba sekitar tahun 2022. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Durioo di laman rasmi mereka; https://durioo.com/.

Sohor Kini