Filem Jurassic World Dominion bukan sahaja sekuel yang melengkapkan trilogi – tetapi turut merupakan kemuncak untuk keenam-enam filem Jurassic. Treler ini memperlihatkan rekaan visual dan CGI dinosaur yang lebih realistik seakan dokumentari mengenai haiwan-haiwan pupus ini.

Terkini, prolog bagi filem ini telah diterbitkan.

Prolog lima minit ini dikatakan adalah klip yang dimainkan bersama-sama dengan tayangan IMAX F9 di Amerika Syarikat. Ia turut menyertakan klip 15 saat yang pernah dikongsi sebelum ini.

Filem ini akan memfokuskan apa jadi jika dinosaur hidup bersama manusia seperti haiwan biasa. Adakah manusia boleh menerima haiwan yang dahulu pupus, kini kembali? Chris Pratt turut kelihatan dalam video ini cuba menjejak dan menenangkan T-Rex. Filem ini akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Sohor Kini