Jurassic World: Dominion adalah filem ketiga dalam francais Jurassic World dan merupakan filem keenam dalam francais Jurassic Park. Ia adalah sekuel terus kepada filem Jurassic World: Fallen Kingdom yang ditayangkan pada tahun 2018. Filem ini diarahkan oleh Colin Trevorrow dengan Steven Spielberg sebagai penerbit eksekutif. Butiran jelas filem ini seperti sinopsis, masih belum didedahkan lagi.

Tetapi pelakon asal seperti Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Laura Dern, Sam Neill, Jeff Goldblum, Daniella Pineda, Isabella Sermon, Justice Smith, Omar Sy, Jake Johnson, dan BD Wong akan kembali memainkan watak mereka. Turut menyertai mereka adalah pelakon antarabangsa lain seperti Mamoudou Athie, Scott Haze, Dichen Lachman, Campbell Scott, dan juga DeWanda Wise. Terkini, lima minit pertama filem Jurassic World: Dominion akan ditayangkan di bersama-sama dengan F9 di IMAX.

Lebih menarik, lima minit video ini adalah video dinosaur sepenuhnya tanpa manusia. Lokasi adalah Pulau Socotra, di mana mempunyai banyak tumbuhan unik dan sesuai dengan dinosaur. Lokasi fizikal dan dinosaur CGI. Video ini berlaku di masa silam, iaitu 65 juta tahun dahulu di zaman Cretaceous (zaman batu kapur akhir) dan akan memperlihatkan banyak dinosaur baharu beraksi.

Filem Jurassic World: Dominion akan ditayangkan di Malaysia pada 9 Jun 2022. Lima minit video eksklusif ini terhad di IMAX sahaja bermula 25 Jun 2021 untuk tayangan filem F9. Di Malaysia, tarikh tayangan F9 IMAX masih belum didedahkan lagi, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini