Anda Boleh Strim Dune Di HBO Go 2 Disember Ini

Filem Dune adalah antara filem terbaik tahun ini. Filem ini adalah adaptasi kepada novel dengan judul sama, hasil karya Frank Herbert. Ia juga merupakan olahan semula kepada filem Dune 1984 arahan David Lynch. Iterasi Denis Villeneuve amat berbeza dengan penceritaan drama keluarga bersama politik yang rumit, konflik kuasa serta sinematografi yang gila gempak.

Filem ini dilaporkan berjaya mengutip $223 juta (~RM924 juta) secara global mengikut laporan hujung Oktober lalu. Filem sekuel juga telah disahkan akan tiba.

Terkini, bagi mereka yang terlepas peluang menonton di pawagam (yang mana anda WAJIB tonton dalam format IMAX) – filem Dune akan disiarkan di HBO Go Asia pada 2 Disember ini.

Baca: Ulasan Dune – Filem Pencuci Mata Dan Halwa Telinga Yang Sempurna Campuran Rempahnya

Sohor Kini