Didi & Friends Dipindahmilik Ke Syarikat Baru

Didi & Friends adalah animasi tempatan popular di kalangan kanak-kanak pra-sekolah. Francais animasi tempatan ini dihasilkan oleh Digital Durian yang turut dikenali sebagai DD Animation Studio yang ditubuhkan pada tahun 2008.

Selepas pelbagai halangan, Digital Durian berjaya memperkenalkan animasi ini kepada umum pada tahun 2014 melalui YouTube. Setahun selepa itu ia mula disiarkan di saluran Astro Ceria dengan episod-episod pendek sehinggalah tahun 2017 barulah kerjasama dengan Astro diteruskan dengan memperkenalkan siri animasi dengan episod yang lebih panjang.

Tiga tahun lepas (2018), Didi & Friends mula disampaikan dalam format filem – Konsert Hora Horey Didi & Friends. Dukacita dimaklumkan, Didi & Friends telah meninggalkan Digital Durian dan hak milik animasi ini dipindahkan kepada Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian iaitu pengasas-bersama Digital Durian yang akan tubuhkan satu syarikat baru.

Sinan turut mengacah sesuatu yang baru akan diumumkan oleh Digital Durian serta masa depan untuk Omar & Hana.

Sohor Kini