Monsta Bercadang Untuk Membuang Satu Watak Dalam BoBoiboy

BoBoiboy adalah antara siri animasi popular tempatan di Malaysia. Ia menerima sambutan yang sangat baik sehingga sudah ada dua filem, serta siri animasi sampingan Mechamato yang akan disiarkan di Cartoon Network – Disember kelak.

Disebabkan terlampau banyak watak merebut masa dalam skrin untuk siri dan filem – Monsta telah bercadang untuk membuang watak dalam francais BoBoiboy. Buat masa ini, mereka hanya meminta pendapat orang ramai watak mana yang akan dibuang.

Ramai yang mencadangkan untuk membuang watak Papa Zola, kerana watak ini sudah pun ada siri sampingan – Papa Pipi. Terdapat juga gurauan cadangan menggabungkan watak Papa Zola dan Gopal menjimatkan bagi masa dalam skrin.

Apa kata anda mengenai keputusan Monsta ini?

Sohor Kini