Informasi Permainan Video Terkini
Siri Sampingan BoBoiBoy “Papa Pipi” Akan Disiarkan Pada 15 November

Siri Sampingan BoBoiBoy “Papa Pipi” Akan Disiarkan Pada 15 November

Diterbitkan pada November 8, 2019 oleh .

BoBoiBoy Movie 2 adalah filem animasi tempatan yang mencipta sejarah, dengan kutipan paling tinggi – iaitu mencapai RM30 Juta. Filem kedua ini mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakan di angkasa, bagi menumpaskan penjahat yang bernama Retak’ka. Dalam filem ini, ada watak baru diperkenalkan “Pipi Zola”. Pipi adalah anak kepada Bapa Kebenaran, Papa Zola.

Watak Pipi ini sungguh comel dan mencuit hati ramai orang. Disebabkan itu, Monsta akan hadir dengan siri sampingan (spin-off) memfokuskan watak ini. Siri ini berjudul Papa Pipi dan akan disiarkan pada 15 November. Masih tiada informasi lagi buat masa ini, sama ada Papa Pipi akan disiarkan di televisyen ataupun hanya di YouTube. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan aksi comel Pipi bersama dengan aksi lucu bapa beliau Papa.


TIPS & ULASAN