Monsta hari ini telah mengumumkan yang siri baharu mereka iaitu Mechmato akan mula disiarkan pada 4 Disember tahun ini melalui saluran Cartoon Network di Asia Tenggara,  Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand seperti yang diumumkan sebelum ini.

Cartoon Network akan menyiarkan satu episod sebagai “sneak peek” pada 6 November 2021.

Ia juga akan mula disiarkan di Korea Selatan pada 11 Disember 2021 dan di Jepun pada Mac tahun depan. Dengan siri ini akan disiarkan di pelbagai negara, Monsta mengumumkan yang ia akan dialihkan suara ke 12 bahasa yang berbeza.

Mereka juga berkongsi lagu pembukaan untuk siri ini yang anda boleh tonton di bawah.

Mechamato akan memfokuskan watak Amato iaitu ayah kepada BoBoiBoy yang mana beliau mempunyai kuasa MechaBot, satu kuasa Power Sphera yang berupaya untuk mengawal pelbagai objek.

Sohor Kini