Apple Arcade telah mengumumkan dua permainan akan tiba di perkhidmatan tersebut, ia adalah Splitter Critters dan juga Dandara: Trials of Fear. Selain itu, mereka juga mengumumkan dua permainan iaitu Kingdom Rush Frontiers TD dan Galaga Wars akan tiba Jumaat ini.

Splitter Critters adalah permainan yang dibangunkan oleh RAC7 Games, ia merupakan permainan tekaria yang sudah dikeluarkan sejak tahun 2017 untuk pelbagai platform. Ia juga terpilih sebagai permainan iPhone terbaik untuk tahun 2017.

Dandara: Trials of Fear pula adalah permainan platformer metroidvania yang dibangunkan oleh Raw Fury, ia dikeluarkan sejak tahun 2018 lagi dan pernah terpilih sebagai ‘Pilihan Editor’ di iOS semasa dilancarkan.

Kingdom Rush Frontiers TD adalah permainan susulan kepada Kingdom Rush iaitu permainan Pertahanan Menara. Ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2013 lagi. Manakala Galaga Wars adalah permainan arked menembak klasik yang dibangunkan oleh Bandai Namco.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini