Seperti diumumkan sebelum ini, Ikea akan membawa masuk perabot berasaskan gaming yang dihasilkan dengan kerjasama bersama dengan ROG pada 11 November ini. Hari ini mereka telah berkongsi senarai perabot yang akan tiba bersama dengan harga;

  • Kerusi Gaming Matchspel (Hitam/Putih) – RM699
  • Kerusi Gaming Utespelare – RM499
  • Kerusi Gaming Huvudspelare – RM299
  • Meja Gaming Uppspel – RM 2299 (140cm), RM2499 (180cm)
  • Meja Gaming Utespelare – RM499
  • Meja Gaming Fredde – RM999
  • Bungee Tetikus Lanespelare – RM49
  • Pendiri Set Fon Kepala Lanespelare – RM79
  • Pemegang Mug Lanespelare – RM49
  • Mug Lanespelare – RM30

Semasa ia ditawarkan bermula pada 11 November sehingga 13 November, setiap pembeli dihadkan untuk membeli 2 unit perabot dan 3 unit aksesori sahaja di satu pembelian. Manakala pada 14 November ia tanpa had dan akan juga ditawarkan secara dalam talian bergantung kepada jumlah stok yang ada.

Sohor Kini