Apple Arcade sebelum ini telah mengumumkan yang mereka akan menerima permainan mudah alih Transformers: Tactical Arena iaitu permainan strategi multi-pemain. Hari ini, mereka telah mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 5 November ini.
Transformers: Tactical Arena dibangunkan oleh Red Games Co, ia mempunyai bentuk permainan seperti Clash Royale, di mana pemain akan mempunyai tiga menara yang perlu dipertahankan menggunakan pelbagai watak serta senjata dari Transformers. Ia juga akan menyertakan sesi permainan 1v1 secara masa nyata.
Selain itu, Oddmar iaitu permainan aksi side scroller oleh MobGe Limited juga diumumkan. Ia adalah permainan popular di App Store dan juga Play Store yang dikeluarkan sejak tahun 2018 lagi. Buat masa ini tidak diumumkan lagi bila ia akan tiba di Apple Arcade.
Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.
Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.