Pada episod akhir siri TV The Mandalorian musim kedua, terdapat adegan tambahan pasca-kredit – iaitu Boba Fett kini di mahligai Jabba The Hut bersama Fennec Shand sebagai orang kanan. Ia mengacah siri TV solo Boba Fett – The Book Of Boba Fett.

Watak kegemaran ramai peminat Star Wars ini yang kekal dilakonkan oleh Temuera Morrison akan disiarkan pada 29 Disember ini di Disney+.

Treler pertama telah pun dipertontonkan;

Selepas membunuh Bib Fortuna, jelas di sini yang Boba Fett dan Fennec Shand (lakonan Ming-Na Wen) mengambil alih takhta empayar jenayah di angkasa. Masih tidak jelas apakah jalan cerita siri TV ini, tetapi Boba Fett dilihat merancang sesuatu dan akan ada yang dengki.

Aksi kelihatan menarik daripada klip yang sedikit ini, begitu juga visual yang dilihat tidak mengecewakan. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai siri TV ini.

Sohor Kini