Disember tahun lepas, Disney dan Lucasfilm telah mengumumkan The Book Of Boba Fett sebagai satu siri sampingan baharu untuk dunia Star Wars. Ia akan berlaku di antara musim kedua The Mandalorian musim kedua dan musim ketiga akan datang.

Kerana dengan ketiadaan Grogu, di mana Baby Yoda ini telah pergi berlatih Luke Skywalker dan Din Djarin tidak boleh beraksi jika tiada Grogu. Secara tidak langsung memberi Grogu masa untuk mersiap sedia dan kembali bersama Din dalam musim ketiga.

Sambil penantian itu, peminat Star Wars boleh saksikan The Book Of Boba Fett ini terlebih dahulu. Disney+ hari ini mengesahkan yang siri TV ini akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 29 Disember akan datang.

Siri ini akan memfokuskan watak Boba Fett dan Fennec Shand sebagai ketua penjahat baharu di Tatooine yang sebelum ini diketuai oleh Jabba the Hutt.

Temuera Morrison dan Ming-Na Wen kekal sebagai watak masing-masing, Jon Favreau, Dave Filoni, Robert Rodriguez, Kathleen Kennedy dan Colin Wilson sebagai penerbit eksekutif. Manakala Gilchrist dan Carrie Beck adalah penerbit eksekutif-bersama berserta John Bartnicki dan John Hampian sebagai penerbit dan penerbit-bersama.

Sohor Kini