Selepas sekian lama menantikan kehadiran filem Black Adam dan maklumat lanjut mengenai filem ini, di acara maya DC FanDome 2021 yang sedang diadakan pagi ini – video acah pertama baginya telah dipertontonkan.
Black Adam dalam filem ini adalah watak antagonis, iaitu manusia pertama yang memiliki kuasa SHAZAM! dan menjadi tamat dengan kuasa.
Treler ini memperlihatkan aksi ganas dan kejam oleh Black Adam yang tidak berperikemanusiaan dan dikatakan tidak akan berhenti dan mungkin tidak boleh dihentikan.
Filem ini sudah pun selesai penggambaran, dan sedang dalam pasca-proses. Ia akan ditayangkan pada 29 Julai 2022.
Filem ini juga secara pertama kali akan memperlihatkan pasukan Justice Society of America (JSA) (siri TV DC sudah ada JSA sendiri) yang terdiri daripada Hawkman, Doctor Fate, Cyclone dan Atom Smasher. Atom Smasher disahkan akan dilakonkan oleh Noah Centineo, Aldis Hodge sebagai Hawkman, Quintessa Swindel sebagai Cyclone manakala Dr. Fate akan dilakonkan oleh Pierce Brosnan.