Dwayne Johnson ataupun juga dikenali sebagai The Rock telah mengumumkan yang filem Black Adam akan ditayangkan pada 29 Julai 2022 selepas ditunda sebelum ini. Ia sepatutnya dikeluarkan pada 22 Disember 2021. Beliau akan memegang watak utama Black Adam yang merupakan watak jahat dan musuh kepada Shazam.
Filem ini dikatakan menyertakan Justice Society of America (JSA) yang terdiri daripada Hawkman, Doctor Fate, Cyclone dan Atom Smasher. Atom Smasher disahkan akan dilakonkan oleh Noah Centineo, Aldis Hodge sebagai Hawkman, Quintessa Swindel sebagai Cyclone manakala Dr. Fate akan dilakonkan oleh Pierce Brosnan.
Dengan pengumuman ini, akan terdapat 4 filem DC oleh Warner Pictures yang akan ditayangkan pada tahun 2022 iaitu The Batman pada 4 Mac 2022, Black Adam pada 29 Julai 2022, The Flash pada 4 November 2022 dan Aquaman 2 pada 16 Disember 2022. Manakala Shazam! 2 akan tiba pada 2 Jun 2023.