Skip to main content

Black Adam adalah musuh Shazam! dalam komik, memiliki kuasa yang sama tetapi niat yang berbeza. Filem Shazam! sudah pun ditayangkan dan filem sekuel sedang dalam pembangunan. Tetapi filem Black Adam pula bagaimana? Filem ini besar kemungkinan hanya akan berkait dengan Shazam, tetapi itu pun masih tidak pasti lagi. Filem ini juga mempunyai pasukan adiwira Justice Society of America (JSA) dan bukannya Justice League, jadi ia mungkin bukan di dalam DCEU.

Antara ahli dalam JSA adalah Hawkman, Doctor Fate, Cyclone dan Atom Smasher. Atom Smasher disahkan akan dilakonkan oleh Noah Centineo, Aldis Hodge sebagai Hawkman, Quintessa Swindel sebagai Cyclone dan pelakon Sarah Shahi dan Marwan Kenzari masih dirahsiakan watak mereka lagi. Terkini kita sudah ada pelakon yang akan memainkan watak Dr. Fate, yang mana menurut laporan THR beliau adalah Pierce Brosnan.

Pierce Brosnan terkenal sebagai pelakon dalam francais filem James Bond. Beliau akan memainkan watak Kent Nelson yang mana dalam komik adalah anak kepada seorang arkeologi yang mendidik beliau sihir dan juga memberikan helmet Fate. Filem ini akan diarahkan oleh Jaume Collet-Serra dan dihasilkan oleh Seven Bucks Productions iaitu syarikat produksi milik Dwayne The RockJohnson yang turut akan berlakon sebagai Black Adam.

Bersama-sama dengan Pierce Brosnan, Helen Mirren turut diumumkan akan memainkan watak penjahat – Hespera dalam filem sekuel Shazam! Fury of the God. Jika JSA/Black Adam dan Justice League/Shazam adalah dunia berbeza, adakah DC akan bersetuju menggunakan Multiverse untuk untuk memastikan setiap filem ini ada kaitan? Masih tidak jelas lagi. Kita pun tahu yang dunia DCEU tidak sehebat MCU, apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply