Siri TV sampingan Star Wars di Disney+, The Mandalorian sudah pun tamat dengan musim kedua. Episod akhir siri TV ini memberikan satu kejutan, di mana pada adegan rahsia di akhir kredit – ia memperlihatkan Boba Fett dan Fennec Shand kembali ke mahligai Jabba The Hut di Tatooine. Di sini, Boba terus membunuh Bib Fortuna iaitu orang kanan Jabba yang mana kini menggantikan Jabba. Sayangnya, kerana dendam Boba membunuh Bib Fortuna.
Kemudian teks “The Book Of Boba Fett” dipaparkan dengan kenyataan yang ia akan tiba pada Disember 2021. Ramai sangkakan yang ia adalah musim ketiga The Mandalorian, kerana judul ini tidak diumumkan ketika hari pelabur Disney. Jadi jika musim ketiga The Mandalorian adalah The Book Of Boba Fett, mungkin musim pertama dan kedua adalah The Book Of Din Djarin. Tetapi semuanya silap, kerana Star Wars baru sahaja mengesahkan yang ia adalah satu siri sampingan memfokuskan watak Boba Fett.
Ini masuk akal. Kerana dengan ketiadaan Grogu, di mana Baby Yoda ini telah pergi ke Luke Skywalker untuk berlatih dan memahami kuasa Jedi beliau – jadi tidak masuk akal jika musim baharu The Mandalorian hanya ada Din tetapi tiada Grogu. Ini memberi satu jangka masa untuk Grigu bersiap sedia dan kembali bertemu Din dalam musim ketiga.
Jadi, sepanjang Grogu ini tidak ada – Disney akan memfokuskan watak Boba Fett bagi memberi ruang kepada Din dan Grogu. Kita juga mungkin akan lihat Boba Fett akan menjadi ketua penjahat baru dan mengambil-alih kuasa Jabba The Hut. Siri TV ini akan memulakan penggambaran tidak lama lagi dan penggambaran The Mandalorian pula hanya akan bersambung selepas The Boook Of Boba Fett selesai.