EA dan Persatuan Bola Sepak Dunia, FIFA telah mengumumkan program esukan untuk permainan FIFA 22, di mana mereka akan menyertakan tiga kejohanan utama iaitu FIFA 22 Global Series, FIFAe Club Series 2022 dan FIFAe Nations Series 2022.

Anda boleh tonton video pengumuaman di bawah.

FIFA 22 Global Series merupakan kejohanan 1 lawan 1 yang akan melibatkan lebih 10 benua. Kejohanan akan bermula dengan pusingan kelayakan yang akan bermula pada 27 Novembe, diikuti peringkat Playoff dan sebagai penutup FIFAe World Cup 2022 pada suku ketiga tahun depan.

Lebih 30 liga juga akan mempunyai program mereka sendiri dan anda boleh mewakili kelab tempatan anda di dalam kejohanan FIFA 22 Global Series ini.

FIFAe Club Series 2022 pula kali ini akan turut menyertakan kejohanan 2 lawan 2 untuk FIFA Ultimate Team Cups. Ia akan bermula dengan FIFAe Club Online Qualifiers serta Playoff, selain itu diperkenalkan juga Piala FUT Team of the Year adan Team of the Season sebelum FIFAe Club World Cup 2022.

FIFAe Nations Series 2022 akan bermula dengan Online Qualifier sebelum memasuki peringkat PlayOff, selain itu sebelum FIFAe Nations Cup 2022 dianjurkan, akan terdapat pelbagai kejohanan tempatan dan juga perlawanan persahabatan yang akan dianjurkan.

Anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan-kejohahan ini, termasuk juga pendaftaran.

FIFA 22 akan dikeluarkan pada 1 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Bagi Switch ia akan menerima Legacy Edition manakala PS4, Xbox One dan PC tidak akan menerima teknologi HyperMotion.

Sohor Kini