Tilam Khusus Untuk Gamer Kini Dijual Di Jepun

Jepun, negara yang cukup aneh bagi kami kerana ia adalah kuasa besar dalam dunia teknologi tetapi laman web dari negara Sailor Moon terbit ini kelihatan seperti terperangkap di tahan 1999. Satu fenomena yang amat popular di Jepun ialah menghasilkan Chindōgu, perkakasan yang direka khusus untuk menyelesaikan satu masalah yang lebih spesifik. Antara Chindōgu yang bermula di Jepun kemudian menjadi fenomena antarabangsa ialah kayu swafoto.

Chindōgu seterusnya mungkin ialah tilam yang direka khusus untuk golongan gamer tegar. Ia dijual oleh syarikat tilam terkemuka Nishikawa yang terkenal dengan tilam premium mereka.

Menurut Bauhutte, tilam mereka direka untuk memberikan tidur yang menyegarkan selepas sesi permainan video yang sengit. Ia turut selesa untuk digunakan oleh gamer untuk sesi permainan secara meniarap. Ciri menarik lain ialah tilam mudah digulung seperti futon sekiranya digunakan di atas lantai.

Di Jepun tilam untuk gamer ini dijual pada harga di antara 28,500 yen (~RM1071)dan 43,500 yen (~RM1635) bergantung kepada saiz yang dipilih. Lampu LED dan bantal dakimakura 2b tidak disertakan dengan pembelian dan perlu dibeli secara berasingan.

Sohor Kini