Netflix telah mengumumkan pelbagai kandungan ketika acara peminat mereka iaitu TUDUM, antara yang diumumkan adalah mereka mengesahkan yang The Witcher akan menerima musim ketiga dan juga siri animasi yang memfokuskan kepada kanak-kanak.

Baca: Ini Adalah Treler Dan Pengumuman Lebih 50 Kandungan Baharu Di Acara TUDUM: A Netflix Global Fan Event

The Witcher musim kedua akan disiarkan pada bulan Disember ini, walaupun masih tidak disiarkan lagi, Netflix tampaknya telah mengambil keputusan untuk meneruskan lagi siri untuk sekurang-kurangnya untuk satu musim lagi.

Selain itu, menyertai beberapa kandungan animasi seperti The Witcher: Nightmare of the Wolf, Netflix mengumumkan satu lagi filem animasi baharu tetapi maklumat mengenainya tidak dikongsi lagi.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mengumumkan akan menghasilkan satu lagi siri akan tetapi kali ini ia memfokuskan untuk tontonan umum. Kandungan kanak-kanak untuk siri The Witcher? Ia sudah semestinya sesuatu yang agak menarik.

Baca: Ulasan The Witcher: Nightmare of the Wolf – Politik Di Sebalik Witcher

Netflix juga telah berkongsi beberapa klip daripada musim kedua untuk The Witcher anda boleh tontonnya di bawah.

Sohor Kini