Wizards of the Coast telah melancarkan penambahan terbaru untuk permainan kad mereka Magic: The Gathering iaitu Innistrad: Midnight Hunt. Penambahan ini mempunyai tema seram dan menyertakan Werewolves.
Melalui tema seram ini, Magic: The Gathering akan kembali ke dunia Innistrad yang pertama kali diperlihatkan pada tahun 2011.
Bagi penceritaan pula, dengan malam di Innistrad menjadi semakin panjang, Arlinn Kord iaitu seekor Werewolf cuba mencari Moonsilver Key untuk mengembalikan kesimbangan di Innistrad khususnya untuk golongan manusia.
Melalui penambahan Midnight Hunt mekanik kad baharu akan disertakan iaitu Double-Face Cards (DFC), kad ini, sepeti Werewolf, akan mempunyai versi lain berdasarkan “Nightbound dan Daybound”. Ini membolehkan pemain untuk mempunyai dua strategi berbeza melalui satu kad. Mekanik seperti Flashback dan Graveyard juga akan kembali.
Kad-kad ini juga akan mempunyai rekaan berbeza mengikut tema bagi penambahan ini, antaranya adalah warna hitam “Spooky”, putih “Eternal Night” dan juga kad Equinox.
Penambahan ini akan disertakan melalui Draft Boosters, Set Boosters dan juga Collector Boosters termasuk juga berkas Midnight Hunt dan dua dek Commander.