Dua tahun lepas, Marvel dan SiriusXM menandatangani kerjasama untuk hadir dengan saluran podsiar khas berkenaan Marvel ditujukan kepada peminat-peminat. Dengan Apple yang semakin serius dalam podsiar, terkini melalui Apple Podcast – mereka telah memperkenalkan saluran Marvel Podcasts Unlimited khusus untuk pengguna di Malaysia.

Kandungan seperti Marvel’s Wolverine: The Lost Trail dan sekuelnya Marvel’s Wolverine: The Long Night ditawarkan, iaitu podsiar mengenai Wolverine. Kemudian turut ada Marvel/Method di mana penyanyi rap Method Man menemuramah selebriti berbincang mengenai Marvel tanpa skrip. Turut tersedia adalah This Week in Marvel yang mempunyai pelbagai perbincangan siri TV, filem, komik, permainan video dan banyak lagi.

Di samping itu kandungan yang memfokuskan wanita seperti Women of Marvel juga boleh diakses bersama-sama dengan Marvel’s Voices, dan Marvel’s Pull List sebagai kandungan tambahan. Bagi yang inginkan kandungan asli, saluran podsiar ini turut mempunyai segmen baharu Marvel’s Westlanders iaitu podsiar yang mengikut skrip berkenaan Star-Lord oleh Timothy Busfield (Peter Quill), Chris Elliott(Rocket), Danny Glover (Red), dan Vanessa Williams (Emma Frost).

Siri Westlanders tadi turut akan ada episod memfokuskan Wolverine, Black Widow dan Doom tidak lama lagi. Akan datang pada 4 Oktober, episod khas mengenai Hawkeye oleh Stephen Lang (Pakcik Buta dalam Don’t Breathe) dan Sasha Lane (Loki – Hunter C-20) akan disiarkan.

Peminat setia atau mereka yang ingin mempelajari lebih lanjut mengenai Marvel, siaran Marvel’s Declassified adalah dokumentari sejarah-sejarah Marvel. Bagi yang inginkan bahasa Sepnayol pula, Marvel’s Wolverine: La Larga Noche adalah adaptasi kepada Marvel’s Wolverine: The Long Night.

Saluran podsiar ini ditawarkan percubaan selama 7 hari sahaja, selepas itu langganan bulanan adalah RM17.90 di Apple Podcast.

Sohor Kini