Perhatian kepada kesemua peminat siri animasi Marvel Comics X-Men, anda akhirnya boleh menonton siri klasik ini menerusi Disny+ Hotstar. Ini ialah siri yang ramai kecewa apabila ia tidak ditawarkan kepada pengguna di Malaysia semasa perkhidmatan penstriman ini diumumkan di Malaysia beberapa bulan yang lalu.

Pada waktu ini musim pertama dengan 13 episod sahaja boleh distrim oleh pelanggan dari lima episod yang diterbitkan antara 1992-1997. Mungkin strategi Disney+ Hotstar ialah menawarkan siri secara berperingkat dan bukan untuk di maratonton kesemuanya. Walaupun sedikit kecewa kami merasakan ini ialah permulaan yang baik Apa yang diperlukan sekarang ialah Warner Media untuk menawarkan pula kesemua siri Batman The Animated siri menerusi perkhidmatan penstriman mereka kepada pelanggan HBO GO di Malaysia.

Sohor Kini