Apple Mengumumkan iPhone 13, iPad Generasi 9 Dan iPad Mini Baharu

Ketika persidangan Apple Event pada awal pagi tadi, Apple telah mengumumkan generasi baharu untuk peranti-peranti mereka. Antara yang diumumkan adalah iPhone 13, iPad Generasi 9 dan juga iPad Mini dengan rekaan serba baharu.

iPhone 13

Apple telah mengumumkan empat pilihan iPhone 13 iaitu iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max yang setiap-nya akan dilancarkan pada 8 Oktober 2021 di Malaysia.

Kesemua peranti ini juga dijanakan dengan cip terbaru oleh Apple iaitu A15 Bionic yang dikatakan memberikan kelajuan 50% model tahun lepas.

iPhone 13 Mini hadir dengan skrin bersaiz 5.4″ manakala iPhone 13 dengan skrin sebesar 6.1″. Kedua-duanya menggunakan panel OLED Super Retina XDR serta menyokong HDR10, HLG dan Dolby Vision.

Peranti ini akan hadir dengan lima pilihan warna iaitu Pink, Blue, Midnight, Starlight dan (Product)Red. Ia juga hadir dengan tiga pilihan storan dengan harga seperti berikut;

  • iPhone 13 Mini – 128GB (RM3,399), 256GB(RM3,899), dan 512GB(RM4,799)
  • iPhone 13 – 128GB (RM3,899), 256GB(RM4,399), dan 512GB(RM5,299)

iPhone 13 Pro

iPhone 13 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.1″, manakala iPhone 13 Pro Max mempunyai skrin bersaiz 6.7″. Ia menggunakan panel OLED Super Retina XDR dengan sokongan Promotion iaitu menyertakan kadar segar semula sehingga 120hz.

iPhone 13 Pro akan hadir dengan empat pilihan warna iaitu Sierra Blue, Silver, Gold, dan Graphite dan juga empat pilihan storan dengan harga seperti berikut;

  • iPhone 13 Pro – 128GB (RM4,899), 256GB (RM5,399), 512GB(RM6,299) dan 1TB (RM7,199)
  • iPhone 13 Pro Max – 128GB (RM5,299), 256GB (RM5,799), 512GB(RM6,699) dan 1TB (RM7,599)

iPad Generasi 9

Apple juga telah mengemaskini model iPad mereka dengan iPad Generasi 9 yang masih lagi membawa rekaan yang sama dengan masih mempunyai Home Button. Namun, ia diperbaharui dengan menggunakan cip Apple 13 Bionic, iaitu cip yang digunakan oleh iPhone 11.

Ia mempunyai saiz skrin 10.2″ Retina Display dengan dua pilihan warna iaitu Space Gray dan Silver. Ia juga hadir dengan dua pilihan storan dengan harga seperti berikut;

  • iPad (Wifi) – 64GB (RM1,499) dan 256GB (RM2,149)
  • iPad (Cellular) – 64GB (RM2,199) dan 256GB (RM2,769)

iPad Mini

Berbanding dengan iPad Generasi 9, iPad Mini telah menerima perubahan rekaan dan mengikut rekaan iPad Air tetapi dengan rekaan yang lebih kecil. Ia akan dikuasakan dengan cip terbaru oleh Apple iaitu A15 Bionic yang turut diigunakan di dalam iPhone 13.

iPad Mini mempunyai skrin dengan saiz 8.3″ dengan 4 pilihan warna iaitu Space Gray, Pink, Purple, dan Starlight. Ia juga hadir dengan dua pilihan storan dengan harga seperti berikut;

  • iPad Mini (Wifi) – 64GB (RM2,299) dan 256GB (RM2,949)
  • iPad Mini (Cellular) – 64GB (RM2,949) dan 256GB (RM3,599)

iPhone 13 dan iPhone 13 Pro telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Oktober ini, manakala untuk iPad dan juga iPad Mini buat masa ini ia tidak diumumkan lagi.

Sohor Kini