Nintendo Switch adalah konsol permainan mudah alih yang menarik. Ia juga amat popular kerana mudah digunakan, mudah dibawa ke mana sahaja serta menyokong banyak permainan video yang seronok dimainkan.

Walaupun ia bersaiz kompak, ia padat dengan ciri dan fungsi dan turut menyokong multi-pemain. Tetapi, sejak dilancarkan satu ciri yang tidak ditawarkan adalah tambatan aksesori audio melalui sambungan Bluetooth.

Terkini, melalui kemaskini versi 13.0.0, Nintendo akhirnya membawakan sokongan ini kepada pengguna mereka. Walau bagaimanapun, ia hanyalah untuk mendengar sahaja dan tidak boleh menggunakan fungsi mikrofon. Kemudian jika aksesori audio tekah ditambat, hanya dua alat kawalan nirwayar sahaja boleh digunakan.

Nintendo turut maklumkan yang akan ada isu sela masa untuk audio, bergantung kepada jenis aksesori yang digunakan.

Sohor Kini