Razer telah mengumumkan versi terbaru untuk tetikus Basilisk iaitu Razer Basilisk V3 yang merupakan tetikus berwayar mempunyai 10+1 butang yang boleh ditetapkan dan juga roda scroll yang boleh diubah mod mengikut penggunaan yang berbeza.

10 butang yang terletak di bahagian bawah tetikus boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperti tekan-untuk-cakap, ping, penggunaan fungsi macros dan pelbagai fungsi sekunder yang lain. Ia juga menyokong sehingga lima profil berbeza untuk penggunaan yang berlainan.

Manakala roda scroll pula menyokong tiga mod berbeza iaitu Tactile Scrolling Mode yang sesuai untuk digunakan semasa bermain permainan video seperti untuk menukar senjata, Free-Spin Scrolling Mode untuk memberikan tatalan yang pantas dan akhir sekali Smart-Reel Mode di mana ia akan menggunakan teknologi Razer Synapse 3 untuk ubah secara automatik kepada Tactile ataupun Free-Spin bergantung kepada kelajuan tatalan pengguna.

Selain itu, Basilisk V3 juga akan menyertakan 11 zon Razer Chroma termasuk juga underglow, membolehkan pengguna memilih lebih daripada 16.8 juta warna untuk memberikan gaya yang tersendiri.

Spesifikasi lain adalah mempunyai sensor 26,000 DPI Focus+ dengan mempunyai kejituan resolusi sehingga 99.6%, sehingga 650 IPS dan pemecutan 50G.

Razer Basilisk V3 ditawarkan dengan harga RM329 dan boleh didapati di mana-mana pengedar rasmi untuk barangan Razer.

Sohor Kini