Apabila Square-Enix melancarkan permainan RPG Final Fantasy XV mereka, ia boleh dikatakan diantara pelancaran permainan terbesar pada waktu tersebut, dengan pelbagai jenis kolaborasi dan kandungan tambahan.

Diantara kolaborasi yang dilakukan sewaktu acara pelancaran tersebut ialah bersama-sama dengan permainan MMORPG Square-Enix, Final Fantasy XIV yang mana ia hadir dengan kandungan cerita tambahan dan juga kandungan ekstra dalam-permainan seperti kereta, pakaian dan sebagainya.

Ia boleh dikatakan diantara kolaborasi terbaik yang pernah dilihat dalam permainan tersebut kerana kandungan tambahan yang diperkatakan sebelum ini, dan adalah diantara kolaborasi yang paling diminta untuk kembali. Square-Enix nampaknya telah mendengari permintaan pemain-pemain mereka dan ia akan kembali bermula 13 September ini.

Selain daripada kandungan penceritaan tambahan, pengguna boleh membeli kereta Regalia daripada Gold Saucer untuk 250,000 MGP, dan mendapat kostum Noctis dengan melengkapkan jalan cerita kandungan tambahan ini. Pemain haruslah mempunyai watak pada level 50 dan telah menghabiskan jalan cerita Ultima Weapon sebelum mereka boleh menyertai acara ini.

Kandungan tambahan yang diperlihatkan pada acara ini termasuklah pembelian kad Triple Triad Noctis dan juga gulungan lagu Orchestrion bertemakan lagu Final Fantasy XV seperti Apocalypsis Noctis yang boleh dibeli di Gold Saucer juga.

Seperti yang dikatakan, acara ini akan bermula pada 13 September ini, dan akan berakhir pada 18 Oktober 2022 kelak. Jika anda seorang pemain Final Fantasy XIV yang masih belum memiliki kandungan-kandungan yang menarik ini.

Sumber: Square-Enix

Sohor Kini