Cyberpunk 2077 ialah permainan yang hype melebihi dari produk akhir yang ditawarkan kepada pembeli. Kesemua ulasan yang baik hanya diterima dari platform PC dengan versi konsol dihantui pepijat dan kegagalan berfungsi dengan baik. Bagi mengurangkan kemarahan pengguna, Cyberpunk 2077 yang khusus untuk konsol generasi baharu PlayStation 5, Xbox Series X dan Series S diumumkan bersama dengan The Witcher 3 untuk konsol yang sama tahun lalu.

Tetapi kini menurut laporan VGC, CD Projekt memberitahu pelabur mereka tidak pasti kedua-dua permainan ini akan dapat ditawarkan kepada pengguna sebelum penghujung 2021 seperti yang dijanjikan. Ini adalah selepas mengambil kira kelewatan yang berlaku ketika pembangunan Cyberpunk 2077 sebelum ini. Selain dihantui masalah pepijat yang kronik, pelbagai ciri yang dijanjikan pada trailer awal tidak muncul pada versi akhir. Apabila studio digodam, pembangun juga terhenti digandakan pula dengan pandemik menyebabkan pekerja tidak dapat hadir ke studio.

Tahun 2021 ialah tahun pelbagai permainan video ditangguh seperti Horizon Forbidden West yang telah ditangguhkan ke tahun hadapan. Sebagai pemain ramai kini melihat adalah lebih baik pelancaran ditangguh daripada dilancarkan dalam keadaan tidak sempurna,

Sohor Kini