Guerilla Games sebelum ini berahsia dengan tarikh pelancaran Horizon Forbidden West tetapi dijangkakan akan tiba akhir tahun ini. Namun, ketika Gamescom 2021, mereka telah mengumumkan pemain akan kembali menjadi Aloy pada 18 Februari 2022 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5.

“Penundaan” ke tahun depan ini adalah sesuatu yang sudah dijangkakan apabila PlayStation Studios beberapa kali mengatakan yang mereka masih tidak bersedia untuk mengumumkan tarikh pelancaran bagi Horizon Forbidden West jika mereka tidak pasti dapat memenuhinnya.

Sementara menunggu, Guerilla Games juga telah melancarkan kemaskini untuk menyokong kelancaran 60FPS bagi permainan pertama Horizon Zero Dawn di PlayStation 5.

Sohor Kini