Toshihiro Nagoshi ialah nama yang mungkin tidak dikenali ramai sebelum ini. Tetapi beliau terlibat dalam pembangunan permainan popular seperti siri Yakuza, Sega Rally, Monkey Ball, Daytona USA dan dan Virtua Fighter. Menurut laporan Bloomberg, kini dalam perbincangan akhir untuk meninggalkan Sega sebelum menyertai NetEase. Ini akan menamatkan perkhidmatan beliau di Sega yang disertai pada tahun 1989.

Di NetEase beliau akan dibenarkan membangunkan permainan baharu sendiri dengan pasukan yang dipilih sendiri oleh beliau. NetEase memerlukan IP baharu supaya dapat memberikan persaingan kepada Tencent yang juga merupakan syarikat permainan video yang besar dengan rangkaian studio seperti Activision Blizzard, Riot Games, Supercell dan Epic Games.

Sohor Kini